Monday, December 5, 2011

cOpY pAsTe

"rasa nye kebanyakkan kite sama je"

Aktiviti harian ku d FB...
1. add friend
2. komen status rakan fb
3. tgok video d upload rakan fb
4. berbalas chat
5. hantar komen tak puas hati
6. Delete rakan fb yg membosankan
7. ntah apa lagi ntah....semakin hari membosankan rutin hidup sebegini...

pErEmPuAn MuRaHaN

Luahan dari seorang lelaki,tapi admin tak tahu siapa dia. tajuknya "perempuan murahan".

1. Berambut perang..tak pun rambut kaler merah highlight sikit-sikit budget Avril

2. Kau buat facebook ni macam medan memperagakan diri..kau upload beribu ribu gamba muka kau je sampai 10 album.. bila ade org puji kau jawab 'ala shayer tark syomel pown..beshe beshe jew'

3. Snap gambar dari atas, buat duck face & kau upload kat Facebook..geli doh tengok..kalau 1 album nama kau, dalam tu semua muka itik kau. Muka penuh depan kamera..semuat-muat frame..

4. Kau rasa comel bila kau type message 'ewww..jum lepak..busyan lorh...umah tadew orang..pakwe gie maen futsal pulark..busyan busyan! T__T' macam bodo kau tahu tak

5. Kau kerek bila kau makan kat fastfood ngan member-member kau..kau snap gamba sana-sini macam tempat tu tak de orang..annoying!

6. Kau pakai baju nampak lurah kau pegi jalan-jalan kat bandar..kau seronok lah abang misai pandang pastu tulis kat facebook 'nyampah nyew adew abang misai usya-usya kitew..tark syukew tark syukew larh' Perosak bahasa.

7. Annoying doh tengok kau peluk laki or balak kau dekat public or shopping complex..kalau sangap sangat g rumah tumpangan RM30/nett

8. Kau pakai tudung tapi kau pakai jeans yang abang misai dari jauh boleh nampak shape bontot kau yang jatuh tu..

9. Macam bodo bila kau tulis kat facebook yang kau tengah tension, tengah sakit perut, tengah happy..weh..asal time berak kau tak tulis sekali 'kitew tengah berak..syuke syuke ^__^'

10. Kau saje ubah-ubah relationship status kat facebook..kononnye kau ni macam best kejap Single, kejap in relation, kejap open..asal kau tak bubuh 'I am Lesbian'

11. Mekap tebal ala ala mak ayam..atas mata tu dah macam pelangi..tambah plak bulu mata palsu..klip pah kip pah mata tu dah macam berus cat..kelopak mata tak larat nak angkat.. satu level ngan bapok belakang lorong haji taib..

12. Sikit-sikit kau ngadu kat member-member kau yang kau ada stalker kat kelas, kat office..konon kau tak tahu nak buat ape..

13. Kau bisik-bisik ngan member kau yang duduk semeja..padahal dekat meja tu tengah lepak 4 5 orang

15. Bila kau lepak ngan member yang hot stuff, hensem-hensem, kool, kau tak pulak nak tegur member kau yang pakai tudung serabai plus muka berminyak 'she's not my friends..please lah'

16. Kau tenung-tenung mamat yang cam kool supaya mamat cam kool tu perasan kewujudan kau sambil buat muka bodo

17. Kau order makanan itu ini sebab gambar dekat menu cantik..tapi bila makan 3 4 sudu kau cakap tak sedap..lepas tu tak habis..lepas tu ngadu lapar..g makan kat tempat lain pulak..

18. Kau tak pandai buat tu, buat ni..tanak pegang tu, pegang ni..alasan kau kotor, jijik..habis sapa yang nak buat kan?

19. Pakai tudung, baju kurung, manis..dalam wayang, dalam kereta, huih....bukan main sandar-sandar, peluk-peluk, ramas-ramas..baik tak payah pakai tu semua..

20. Kau cerewet..kena buat semua benda macam kau nak..kalau tak sama macam kau nak, kau angin, kau merajuk, kau marah..cuba kalau kau buat kerja yang orang cerewet macam kau..muncung je mulut kau

21. Kau merajuk ngan mak kau, kau merajuk ngan bapak kau, pakwe pun buat taek ngan kau..kau ngamok, marah, benci & merajuk..last-last kau decide kau bunuh diri..terjun dr bumbung Pavi..tapi tak mati pun..silap-silap kena buang keluarga..

22. Lepak ngan sekutu gediks kau ketawa kuat kuat, buat onar..masing masing dressed up fancy nak mampos. Skali awek pakai tudung litup melintas korang pakat usya atas bawah atas bawah ramai2. pandangan jijik like 'eww she dont have style..yucks' emang gud gud la kau

#admin tukang post je. yang karangnya orang lain..admin tak tahu sapa a penulis dia.heheeeeeeeeeeee

Sunday, December 4, 2011

3 Dec 2011

cuti ni membosan kan.. erm jadi kosong sebab aku x taw nk wat pe.. homework? omggg i x buat pe pown lagi.. bila nk start? penat g la.. erm mlm x tido. esok jaga kul 2.. btw dlm cuti ni aku dh wat record bgun lewat iaitu pukul 3.45 petang.. wahh bangga seketika.. i want no body here, my hp is so peace no war and i really like it.. hehe fb aku pown nyala kejab2 je.. sebenarnye aku dlm dilema ni.. bile la aku nk stary study.. no wonder la coz its me.. relex always.. hehe oh my gucci.. i more.. kolokium.. hehe erm esok la aku usik n usya pe kene buat.. hehe >.<" nite lol

Thursday, October 27, 2011

CiNtA kU

Pernah aku terfikir untuk menjadi bisu kerana kata setajam pisau ,
Pernah aku terfikir untuk menjadi pekak kerana mahu hidup dalam keasyikan tanpa celaan,
Pernah aku berfikir mahu menjadi sempurna kerana mahu menunjukkan kesetiaan...

Sebuah kehidupan yang mana manusia tidak pernah puas ,
Sebuah riwayat hidup yang mana manusia sentiasa meminta lebih .

Dalam diriku terdapat perasaan takbur , riak , lalai , alpa dan aku sedar aku selalu melupakan-Nya yang sentiasa tidak akan lupa diriku . Muncul satu saat yang membuatkan aku berfikir bahawa peluang kehidupan yang telah Tuhan ku berikan ini telah aku siakan . Diriku sentiasa mengejar duniawi dan tidak pernah cuba mendekati agama ku . Ya Allah maafkan lah aku . aku berasa bersalah Ya Allah , segala nikmat kurnia yang telah erngkau berikan kepada aku ini telah aku gunakannya kejalan yang engkau hina .

Sayu membawa aku berfikir akan :
"berapa lama lagi aku harus begini melawan arus kehidupan yang hakiki"

*Agama ku mengajar yang benar ... Kebenaran yang tiada sangkalan"
...ambillah seluruh hidupku untuk agamamu Ya Allah...

Show Off?

1. Jgn bangga berkulit putih kerana kulit terakhir kita = TANAH LIAT
2. Jgn bangga dgn rumah besar kerana rumah terakhir kita = KUBUR
3. Jgn bangga dgn baju mahal kerana baju terakhir kita = KAIN KAFAN
4. Jgn bangga dgn kereta&motor besar,kerana kenderaan kita yg terakhir = KERANDA
5. Jgn bangga dgn Minyak wangi berjenama, kerana wangian kita terakhir = KAPUR BARUS.

so,renung2 kn la....

Monday, September 26, 2011

kire2

Sepasang kekasih di kedai makan.

GF : u tau x rokok ni blh wat u cpt mati?

BF : mane ade. Jodoh ajal maut semua kat Tuhan yang...

GF : hmmmm...berapa banyak u habiskan duit untuk rokok?

BF : satu kotak Dunhill RM10. Perghh! Feeling...

GF : satu hari satu kotak. seminggu RM70. Sebulan RM2,100. Setahun RM25,200...ayg mule isap rokok bile???

BF : pandai math u ni...dri tingkatan 2. kenape?

GF : skrg ayg punye umo 24. 24-14=10..
and then RM25,200 darab dengan 10 dapat RM252,000! Banyakkan yang u dah bazirkan dlm tempoh 10 tahun.

BF : so? I ade mintak duit kat u ke nak beli rokok? Tak adakan?!

GF : memanglah takde tapi kalau u tak merokok and u simpan skrg u dah boleh
beli Skyline ke... Evo ke... semua boleh!

BF : u isap rokok x yang?

GF : Tak yang...kenape tanye mcm 2?

BF : kalau u x isap rokok mcm i...mane Skyline u?

GF : >:O (fuck)

Sunday, September 25, 2011

Mayat

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.
... Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung
manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya… tangannya pon sedang menunjukkan tanda “peace”…

wahai ibu... besarnye erti kau dalam hidup ku.


Orang kata aku lahir dari perut mak...

(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku.... mak

Bila lapar, yang suapkan aku.... mak

Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak

Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak

Bila bangun tidur, aku cari.... mak

Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak

Bila nak bermanja, aku dekati....... mak

Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak

Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak

Bila nakal, yang memarahi aku.... mak

Bila merajuk, yang memujukku cuma...... mak

Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak

Bila takut, yang tenangkan aku.... mak

Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak

Aku selalu teringatkan ..... mak

Bila sedih, aku mesti talipon.... mak

Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak

Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak

Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "

Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak

Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak

Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak

Bila ada masalah, yang paling risau.... mak

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak

Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak

kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak

Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak

Yang selalu berleter kat aku... mak

Yang selalu puji aku.... mak

Yang selalu nasihat aku...... mak

Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku

Bila sedih, aku cari..... mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku

Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku

Bila berduka, aku peluk erat.... emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku

Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku

Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu... aku ingat pasanganku

Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila.... aku akan talipon pasanganku

Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku

Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?

mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya..........

Tapi kalau mak sudah tiada..... .....

MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya......

berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya......

berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....

berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......

berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....

berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya.......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00

2) Tolong jaga adik : RM4..00

3) Tolong buang sampah : RM1.00

4) Tolong kemas bilik : RM2.00

5) Tolong siram bunga : RM3.00

6) Tolong sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Thursday, September 22, 2011

KasiH wAkiL tUhAn Di DuNiA


wahai kawan2 ..pnjam kn beberape minit 4 read this article
w'pun nie 'copy n paste' tp amat3 bermakna ....

"Mana Mak?'

... Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Monday, September 19, 2011

6r2 update 1.1 version

study time adalah time paling kecoh n penuh ngn kenangn coz everyday citernye lain.. 6r2 lak ade ramai.. so bagai2 la ceritanye... ade 8 lelaki and 29 orang perempuan .. boyz and gurlz yg gempak2 belaka... so nice lol
pelajar lelaki Faizal (aq) , Shahrul , Adam ,Hasyir , Najiy , Izzat Rahman , Hanafi and Zulfadli...
*susunan nama tidak mengikut gambar yang tertera diatas... huhu ... ok aku yg tlong snap (fotografi kannn ..~meme laa) yg kencing tu Shahrul.. sebab die tu hot sgt pose time nk g tandas telah menarik perhatian ramai pihak.. ini antara yg dpat dirakam... huhu anggota lain tu aku x maw jelaskan kerana ianya terang dan x perlu disuluh lagi.. hahax(ngek~)
ni izatul afzan ngn seryna (berapa kali show off org yg same) >.< sorry3
kiri ni najwa(wawa) die paling hye pening ... kanan lak izzat rahman (ayoh) dia paling ceria selalu .. so bila 2 makhluk ni bergabung.. bergegar la pentas ajl (x sabit) boooo haha... sory2 slah chanel .. mlm2 ni sory ar kalu x berape ... k dah3 next
3 orang ni antara penama kelas.. aku tabik diorang... dapat bahagikan masa, emosi sumer dgn betul.. huu kiri ni hasnim,tgh fatihah and kanan tu monitor kelaS, aini ..
 dari kiri , hasyir (budak kaca mata ), pastu.. ermmm sapa nama dak ni.. k.i.v dulu.. hehe mmg terbakar la kan law gtuh.. huhu saje nk tgok hanafi maroh guana... background tu abaikan...(dari kanan , baiti and hasnim)

nanty update blik ok

Sekilah perasan (about love)

aku wakilkan die dgn gelaran a.. oke firstly aku nk kasi taw story ni start time aku form 5.. spm year.. hurm maybe semua dAH mnjadi satu ketentuan dan ianya tertulis ... aku x salahkan sesiapa.. aku just tulis kat sini
aq dan a mule brknalan di FB.. die 20 aq 17.. aku minat gile die .. obses lebih dry biasa.. jgn tanye la knpa aku minat die.. pndek cerita aku dh angau la kat die.. x maw bukak semua tpi every nite aku cll die. salalu ingt die .. die lak , aq x taw ape masalah , selalu emosi n aku x kesah pown.. selalu storymory kat aku.. fine aku dengar.. time tu berbahasa syg2 gak la ngn die.. so situ aku ingt kitorang dah ade something level.. ..n then.. die selalu bahasa kan "pakwe sy"2(rujuk ex die) bila berkomunikasi.. aku leh terima... semua ni bertahan sampai tgh tahun 2011... xpe la bagi aku aku dapat dgn die pown rasa puas. sapalah aku nk ad teman kan.. die sudi kawan pown dah cukup bagi aku ... 
bertepuk sebelah tngn ni mcm xde function langsung right.. biar pown pakai tgn sapa2 pown law ade sebelah pihak je,, x kan mnjadi bunyik nye kan.. so aku try beranikan diri... just luahkan "i love u" hehe bila fikir balik... macm bodoh je buang malu kat die mcm tu je... hurmm ^^; .. x sedar diri pown rasa mcm ade gak kat diri aku time tu... tpi die x blas dingin .. cm ne aku nk tangkap respon die kan.. semuanya tamat bila aq cll n then pakwe die angkat...

pakwe A:ellow
kome      :yup salam, leh cakap ngn A..
pakwe A:hurm ok jap (background ~ ni ade org nk ckp... a balas alaaa)

* pastu a
A          :elow awak...
kome     :ye (wat diam n dah rasa x suke cmtuueee)

*tetibe pakwe dia lak ckp
pakwe a :awak saye ni pakwe a, saya nk ajak a kuar bole??
kome      :law saya ckp x leh cmne?? (aku cll , korang lak bnyak ckp)
pakwe a :saya ni pakwe a, xpe la saye nk kaur ngn die. tgok wayang bla.. bla.. bla..
kome     :(dlm aty "apa kejadahnye masyrkat zaman skrg ni")
*oke n then dgn rasa bodoh.. aku letak lah cll tu...

 bile ditanya "adkah cinta itu menyakitkan?" jawapannye ... masa itu lah kamu akan mengetahui bahawa mimpi lebih menyakitkan daripada kenyataan yg dialami...cinta itu sesuatu perasaan yg bgi aku perlu disimpan... harapan kepada manusia bgi aku nothing... kini kosong la perasaan aku (start fb ~ jiwa kosong) ... aku still kawan dgn die , ambik tahu yg die mcm2 mana.. n then ad 1 hary die chat kasi taw die nk bertunang.. bertunang je kowt.. tu pown nk ajak aku.. y? aku x maw nk fikir bahawa yg die still ignt aku, maybe zaman tu zaman kegemilangn die. ramai yg nk usha die.. sapalah aku.. perjalanan keseorangn sepanjang masa... lantaklah bagi aku... (dlam hati,xdapat lupa, itu sejarah semalm)~

love,cinta,syg... start aku megejar realiti & lupakan jiwang2 ni.. aku hidup pown x lama mana lagi.. masih mentah tentang cinta... hehe so apa2 sekarg aku story ni nk kasi taw bahawa aku pernah mngalami detik ciNta yg bgi aku satu perjalanan yg pelik... pernah terfikir bhawa ini sesuatu yang besar untuk aku tertima secara tibe2.. tapi yg pasti, "mmg aku kene terima" btw .. xdy aku bce post die "masih ade kah org yg syg aku" huhu opss tergelak... inilah dunia... aku ni bukan sesiapa nk menghukum orang.. tuhan itu maha adil... alhamdulilah aku dapat jumpa hidup yg lebih mmbangun... 2011 with 6 rendah 2 .. teman yg dapat menerima
 sekian** * 
terima kasih atas teman
terima kasih atas nasihat
terima kasih atas sejarah semalam
terima kasih ayah
terima kasih ibu
hidup ini lebih bermakna bila bersamamu
detik kemudian hanya untuk mu 
6r2(2011)5etika(2011) family semua 
Syukur kepada ALLAH

Tuesday, September 13, 2011

kelass 6r2 (2011) smk paya besar

MY CLASSMATE 4 THIS YEAR
me and adam ( lograt orgputeh taw law nk sebut)

HURM AdE 37 ORaNG , 8 BOYZ And 29 gurlz .. so sweet... xde pown puak2 n peperlangan berlaku
wah depan nye hok tu.. >.< huhu ape2 pown ni la antara dak kelas aku.. nnti update balik ok..
***
ok nk update ni .. isi pic je la sebagai kenangn (mmg kitorang suke bergmbo pown.. opsss" ukan "kite" , aq yg pantang nmpak camera) hex kan? zzzzZ
ni dari kiri afzan (my partner ~artis ), tgh tu baiti (so sweet) and kanan tu seryna (my skandal)
*background blakang tu abaikan ... >.<
ok chop.. yang ni khatijah.. hurm die ukan sekelas ngn aku.. tpi selalu teman aku ... huhu ... BFF oke ... hope2 laa (antara yg terawal wish raye arytu) 2011
tambahan.. ni pic sebelum raye... so sweet la ... aduh.. sesuatu yang indah untuk dikenang ... btw ni gmbar upper six 2011 smk paya besar (bek aku ubah tajuk ni"~lary tajuk) hehe nnti aq update oke.. next version.. hurm agipown ramai g kawan aku yg x dapat pic (nnti snap oke) ~jgn ade yg merajuk coz gmbar die xde kat siniey...

About me

Nama : Muhammad Faizal Asyraf Bin Razali

Umur : 18 tahun (2011)
Stay at Quantan , study at SMK Paya Besar , form 6 ... ape g nk tuliss
...
>.<
hah warna aq minat ??? sumer2 aku minat (jgn tnye dh oke)

~"kenapa perlu pilih if anda bole miliki semuanya?? hahahak"~

 buat blog ni coz nk kongsi cerite ngn korang... ade yg mnarik n ade yg kureng dlm idop ni aq x taw nk curah kt mne g so aq tulis la kat sini.. mcm diary la gtuuuh"

aku bukan perfect... just cube mnjadi yg terbaik..  aku taw aku x de pe2 so aku cube nk miliki sesuatu ... however mybe moody, down , sad , epy , tertipu , itulh kngn kan... by the way.. nice to meet you...
nk ckp kt sini yg aq ni low profile so sape2 yg leh terima aq sebgai kwan tQ n here hope can get someone to be close ...

bukan hubungan yg special tuu tpi straight to the point is aku nk cri kawan ... aq law bole nk kwan ngn sumer (bget best laaaa) xde3 ukn cm tu.. erm aq x pndai main kata... tpi just tegur je aq .. aq akan blas sapaan korang k geng.... follow my blog n if korang nk suruh aq follow blog korang pown bole... >.<

~selamat maju jaya semua, refresh your mind selalu ingt x guna dendam lame2, sediyh lama2, marah lama2,
coz idop ni x lama... maybe akan ade yg ckp normal la marah,, aku manusia ape.. but ingt jugak bhawa "manusia x lari dri mmbuat kesilapan" dan "kemaafan itu lebih mulia dari perasaan benci" lalalala.... ^^

Monday, September 12, 2011

>.< introduction

hurm bru wat ni n then hope bole update selalu.. aku x special but limited edition . at fb jiko93@yahoo.com.. follow page ni.. ape yg nk korg ckp n sudi kongsi ngn aku, aku amat hargai.. actually aku dlm nk perbetulkan dn perbaiki diri aku untuk mnjadi yg lebih baik. disini je aku akan tuliskan semua nyerr. tq bace >.< hope ade kawan yg sudi teman aku kat sini.. nice to meet you all...